Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan
kimia,jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya
perubahan dan ketidakselesaan.Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan
memberi kesan negative kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan
ini akan memasuki kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya
menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.
Menurut Wark dan Warner(1901)pencemaran udara sebagai kehadiran satu
atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam
kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat
kepada kehidupan manusia,haiwan atau menganggu suasana kehidupan.
Menurut Wikipedia Bahasa melayu,pencemaran udara ialah pelepasan bahan
kimia berbahaya ke dalam atmosfera.
JENIS BAHAN PENCEMAR
Sulfur
dioksida,karbon monoksida,nitrogen dioksida dan ozon,allergen dan
plumbum dan logam-logam lain.
JENIS PENCEMARAN UDARA
Pencemaran
udara primer
Satu penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada
proses pembakaran yang tidak lengkap.Proses ini menyebabkan zarah-zarah
yang halus akan terampai-ampai di udara dan member kesan negative kepada
kesihatan manusia.Kebiasaan pencemaran ini dibebaskan melalui ekzos
kenderaan,kawasan industry dan penggunaan dapur arang atau kayu.
Pencemaran udara sekunder
Satu tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan terus membentuk
bersama gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.Sulfur dioksida
memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk
membentuk gas-gas lain.Contohnya gabungan sulfur dioksida,sulfur
monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfuric.Tindakbalas antara
pencemar primer dengan gas terampai di atmosfera akan menghasilkan
peroksid asetil nirat (PAN).
PUNCA PENCEMARAN UDARA
Pencemaran
udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan,penghasilan
bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.Selain
itu,pembakaran di tempat pelupusan,pembakaran terbuka di Bandar dan
pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara
berlaku.Bahan-bahan seperti sampah sarap,sisa makanan dan sebagainya
juga dapat mendorong berlakunya pencemaran udara melalui
aktiviti-aktiviti manusia seperti pembakaran sampah.Ada sesetengah
masyarakat yang masih menggunakan kaedah memasak cara lama iaitu
penggunaan arang atau kayu untuk memasak juga mendorong berlaku
pencemaran tersebut.Pencemaran tersebut juga boleh berpunca dari
sumber-sumber semulajadi seperti gunung berapi,pembakaran sisa-sisa kayu
atau jerami-jerami padi secara berleluasa.Namun demikian,bahan pencemar
udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan pendalaman
seperti penyemburan racun makhluk perosak,perlombongan yang menghasilkan
habuk atau amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja
secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angina,letusan gunung
berapi,tiupan wap air oleh ombak dan sebagainya.
KESAN PENCEMARAN UDARA
KESEHATAN MANUSIA
Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah system pernafasan.Gas-gas
seperti karbon monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam
darah akan melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan
mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan
tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan
pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas ozon,ia boleh menimbulkan
inflamasi pada paru-paru.Manakala habuk,asap,kabus,wap ataubahan-bahan
lain juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia.Hasil kajian
Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak tiga juta manusia
mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia
adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan
kemalangan kenderaan di jalan raya.
TUMBUHAN
Selain itu,kesan
kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu
keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan
terbantut.kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan
ekonomi sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah.
HAIWAN
Manakala kesan pada
haiwan ialah,haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari
pencemaran udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke
dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber
tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.
BAHAN
Kesan kepada bahan
juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara
seperti kekotoran pada pakaian,pencemaran pada permukaan dinding
bangunan dan sebagainya.Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan
asap atau zarah halus.Selain itu,hakisan logam juga merupakan kesan
daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida didalam
udara.
PENYUSUTAN LAPISAN OZON
Pencemaran
udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan
lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya
matahari.Pendedahan terus oleh cahaya matahari boleh menyebabkan
penyakit kansere kulit.Selain itu,pancaran matahari yang terik juga
boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian
kutub bumi sehihgga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di
dunia pada masa kini.
HUJAN ASID
Pencemaran udara
juga boleh menyebabkan berlakunya Hujan asid.Hal ini disebabkan oleh
penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan
dan kemudiannya menjadi asid sulfuric dan asid nitric.Asid tersebut akan
terkumpul di dalam awan kemudiannya bergerak ke tempat-tempat lain.Asid
tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan terus menimpa pada
permukaan hidupan yang terdapat di dunia.Akibat daripada itu,ia akan
membunuh tumbuhan dan juga hidupan air.Selain itu,ia boleh menghakis
pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan.Air hujan tersebut juga akan
meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan
menjadikan tanah tersebut tidak subur dan megalami kerosakan struktur
tanah.
KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN
GLOBAL
Kesan yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan
oleh masyarakat ialah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan
rumah hijau.Pemanasan global berpunca daripada kenaikan suhu bumi dan
penipisan lapisan ozon yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia.Kenaikan
suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan
terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak
menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat
dan persekitarannya menjadi panas.Kesan ini akan menyebabkan,permukaan
bumi menjadi panas,ekosistem terganggu,banjir aksn berlaku secara kerap
dan kejadian alam yang tidak normal akan berlaku
ATMOSFERA
Pencemaran udara
juga dapat member kesan terhadap atmosfera.Hal ini menyebabkan jarak
penglihatan manusia terjejas yang disebabkan oleh jerebu.Keadaan
persekitaran yang berjerebu akan menyebabkan kemalangan mudah berlaku
(pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-udara.html)